Coretan Hati

Labuhnya CINTA

Ianya sebuah CINTA

Mengapa adanya cinta buta?
nyata cinta tidak bisa melihat 
Jika sasarannya tidak tepat
Ia tidak bisa dirasa, jauh sekali dihidu
Namun cinta itu dapat dirasakan
kerana ianya perasaan

Feels and Fact meruntun dua kata berbeza
maknanya asing, ilhamnya lain,
Namun..tujuannya sama, 
ramai yang menginginkan cinta yang tulus 
tetapi mereka gagal hanya kerana tidak mengerti satu kalimah
pangkalnya Sod, tengahnya Ba, akhirnya Ro.

Wahai anak muda, kembalikan kalimah itu pada hatimu
pasti kau jumpai yang terindah dalam cinta
kerana ia bukan sekadar ungkapan tetapi suatu perubahan
datangnya CINTA maka datangnya perubahan pada hatimu.


12.53 PM
30/5/2012
::puteridania::








No comments:

Post a Comment